sila klik jika murah hati :)

Tuesday 21 August 2012

Ramadhan yang Pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Assalamualaikum. Dua entry dalam satu hari bermakna aku takde kerja nak buat. hehe. raya ketiga, sudah bosan tak tau nak buat apa. masak-makan-masak-makan. tapi berat tak naik2 juge. fuuu~




Rindu pula. Aidilfitri semacam tak terasa.. Kenapa? Tak seseronok aidilfitri yang sudah-sudah? tak 'raya sakan'. Padahal persiapan raya bajet 'tip top' la kan. buang tebiat tak pernah-pernah aku menjahit langsir rumah. TAHNIAH TAHNIAH. anjakan paradima tu  :D 


Dah tahu puncanya. Sesal pulak Ramadhan dah berakhir. Lambat lagi nak tunggu tahun depan kan? Tahun ni Alhamdulillah, lebih bermakna. Mungkin tahun ni tahun aku 'membesar'. membesar dari segii minda mungkin? kat  office pun rajin bos pasang ceramah-ceramah agama. tersentuh juge lah hati batu aku ni dengar ceramah2 tu d bulan ramadhan. malu kat boss sebab nangis *cepat2 kena pujuk dengan boss* opss boss dah kawen. hehewww



mungkin itu istimewanya Ramadhan kali ni. mungkin terawih tak lah full.. tiap malam terawih. terkadang ter'skip' juga sebab letih, malas (heheheh) dan lain lain. tapi boleh qada' ngan tahajud, atau witir di penghujung malam.. ye, tahniah lagi sekali. tak pernah pernah sepanjang hidu, bangun untuk memasak sahur, solat dulu, atau solat selepas sahur (nasihat ustazah mashitah kat kampung, sekurang kurangnya tahajud 2 rakaat and witir 1 rakaat selepas sahur, supaya setiap malam bulan ramadhan kita 'hidup' syukran ya ustazah. semoga teranglah kubur ustazah nanti dengan ilmu yang dikongsi)

sebelum tu, entry kali ni bukan nak bermegaah. cuma nak kongsi perasaan ni. bukanlah bajet bagus. tak bagus pun sebenarnya. Aku hamba Allah yang banyak berdosa. Yang sedang belajar..

Solat jemaah di bulan Ramadhan.  Berkira juga aku di bulan Ramadhan. Dah sedar pahala di bulan Ramadhan berlipat kali ganda; amalan di bulan puasa 70kali ganda, solat jemaah 27kali ganda pahala. setiap langkah ke masjid, surau ada pahalanya. pemurahnya Ya Allah.. melangkah pun dapat pahala. mudah sangat nak buat pahala. Even makan pun dapat pahala. Memang Allah tu maha Pengasih, Penyayang..Pemurah..Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan diterima.Jauhkan dari ujub dan riak, niat untuk menunjuk2 dalam diri InsyaAllahh...

Masa di penghujung Ramadhan, ramaiiiiii orang meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahiroji'un.. Insyaallah, semoga roh mereka di kalangan orang-orang yang beramal soleh. amin. Risau. cukupkah amalan? Ustaz cakap, wanita, kalau nak masuk syurga, taatlah kat suami, taat kat Allah & ikutilah Rasul.. mudah masuk syurga. mulut akuu pulak spontan bertanya "kalau yang belum kawen?" hehewww~ yang belum kawen, jagalah hubungan ngn Allah,Rasul,mak ayah.. hubungan dengan manusia. Insyaallah.. 

Tapi sayangnya, tak terasa pun aku lailatul qadar. Lailatul qadar perlu dicari? mereka kata. yang penting, 10 malam terakhir tu kita hidupkan dengan ibadah. bukannya tiap malam mendongak langit, nak tengok ada lailatulqadar atau tidak? wallahualam.. 

semoga berpeluang bertemu lagi.. ya Ramadhan al Mubarak.. 



aku cuai menyempurnakan peluang yang diberi ketika bertemu Ramadhan kalii ini. :(



Monday 20 August 2012

eid mubarak 2012


raya ke dua bersama budak2 tak reti duduk diam kat rumah tok nek teh. orang bersembang atas rumah, diorang slumber buat macam rumah sendiri main kejar2 dan lain lain. 


muka sekor sekor cuak bila maktehnya kuarkan handphone and cakap : " mak teh nak tangkap gambar la nanti balik boleh tunjuk gambar fatihah n suumaiyah panjat2 kat rumah orang kan" hehe. sepantas kilat turun. verrryyyy notttyyy haha :D


ni muka fatihah yang bajet mini mouse. abaikan minah sebelah fatihah yang berwajah sengal tu. ngehehe. snap by sumaiyah ! Eid Mubarak.. ^^


Sunday 12 August 2012

pandangan yang bila diilihat mendapat pahala





tengok,,,, betapa sayangnya Allah kepada kita. Nak bagi pahala pun mudahhhhhh je.....Subhanallah.....
Empat pandangna yang bila kita lihat.. Allah kurniakan kita pahala.

1. Kaabah


2. Ibu (pandang dengan penuh kasih & sayang)


3. Laut (antara kebesaran & kekuasaan- Nya)


4. Melihat kitab suci Al-Quran.. 

5. melihat orang alim ulama


6. melihat air zam-zam


tengok air zam zam pun dapat pahala? 

Mudah? Tengok & dapat ganjaran (pahala). Macam Gores & Menang kan? Tapi gores & menang tak membawa kita ke syurga pun ... :)

Selamat beramal. Perkongsian dari belog ni : Citra Cinta Terindahlayar keinsafan,mengemis cinta ilahi. time kaseh atas info. :)