sila klik jika murah hati :)

Thursday 27 September 2012

T.A.K.U.T

Dalam mengharungi arus kemodenan tanpa henti, kita. ya, KITA. Juga tak henti-henti ingin berubah. Semua orang ingin berubah. Hampir kesemuanya. Means, berubah dari jahat ke baik. Jahat? Hehe. Tak jahat mana kot? Mungkin yang lebih sesuai adalah dari kurang sempurna dari segi akhlaknya kepada hampir sempurna.Fitrah manusia memang begitu.

"ohh, yeke..tak perasan la pulak ''


Aku juga manusia. Sedang mengalaminya. Tapi, aku juga faham. Dunia tak seiring dengan perubahan yang sedang kita cuba hampiri.  Betul ke kita sedang menghampiri atau hanya terdetik di hati, tapi TAKUT nak melaksanakan?

Kita takut terasing. Dunia makin menjauhi fitrah kita. Kita bukan lagi sehaluan. Ada pula jalan lain yang menggamit. Fesyen, muzik.. Kita diancam dari pelbagai sudut.

"Hey, tak hot lah kalau pakai macam ustazah kan"

Hidup kita enjoy, mangsa fesyen. Bertudung tapi.. tidak melitupi apa yang sepatutnya. Muzik bagai.. Memang enjoy dan terasa 'HOT' bila upload gambar kat laman sosial, dipuji pula. Tapi? Hati rasa kosong. Kenapa? Kerana kita hidup menentang fitrah kita. Jiwa kita kosong. Ruh itu bukan milik duniawi. Beliau perlukan suntikan ukhrawi. Benar?

Aku juga seperti mereka di atas. Untuk 'survive' kononnya di zaman ini, sanggup melakukan apa saja asal orang 'perasan' kewujudan kita. TAKUT nak berubah. Takut terasing dari peredaran zaman. Takut terasing dari kawan-kawan yang hot sentiasa.

Pernah. Jiwa aku sekosong .... ini - > sampai terasa ingin tidur tak nak bangun, nak terus bermimpi.

Ada yang pernah bertanya. Bagaimana ingin berubah, sedang dirinya hanyut dengan kesibukan duniawi. Kelu untuk berkata. Kelu untuk tarbiah. Aku juga insan kerdil.

Semua kerana keberanian melawan arus dunia yang menentang fitrah kita. Kita perlu. Eh tak, kita wajib percaya, sekerdil mana pun kita, jika percaya Allah bersama kita mengikuti kehendak fitrah, menyemai kenyamanan buat jiwa kita, benar, kita akan rasa besar. Jiwa kita besar membuatkan kita tidak lagi takut.

yang cipta fitrah itu kita, bukan dunia. chill lah!




 see, sarung kaki. selalu orang abaikan. =)




~ semoga memberi renungan buat kalian, tarbiah dariku, untuk ku, untuk kalian juga, luv ya :) ~


Wednesday 26 September 2012

Janji tinggal janji

kilat sabung menyabung menunjukkan kekuatan masing-masing. guruh berdentum, ngauman dari langit lagaknya. Hujan. Drive ke office. Kereta mak. (mana ade duit nak beli kereta berengine berkuasa kuda lagi  kan). Tiba di office. Tengok jam berjenama Alba kesayangan, pemberian orang kesayangan. Pukul 9. Tepat. Sambil menatap wajah bos, sambil juga tersengih. Makluman: Office buka pukul 8 pagi. Baiklah bos tengah tarbiahkan farmer pasal tanaman organik. Tumpang sekaki mendengar hujahan. Konon pelajar praktikal yang prihatin. Farmer pulang. Alamak.

"bos, hujan lebat tadi, sebab tu lambat", padahal tak pernah punctual pun.

"tak pe, hujan kan.."




hu~ tapi! Sesungguhnya aku drive ke office bukanlah kerana malas nak bawak moto laju-laju di pagi yang hening itu ataupun kerana hujan, tapi hanyalah kerana nak tuntut baja kimi & organik dari bos (seperti yang bos janjikan) untuk projek praktikal aku..

Tiba-tiba bos bersuara,

"Syuhada, petang nanti saya bagi baja ye, pagi ni saya ada hal, nak ke lain dulu," oh my bos. hu~

"petang ni ye bos?"aku mengulang pertanyaan, minta kepastian.

Bos ku, yang dah berkahwin tu, ok dah kawin ye, mengangguk comel. hesh. beliau sudah pun berkahwin.

"Orait bos. petang ni'"

Hanya Kak Tirah yang tersenyum manja melihat wajah manis palsu ku. Terpaksa berlembut hati. Pada hal lagi SEBULAN nak habis praktikal, tapi data untuk dianalis pun tak habis kutip lagi. Aduhai bos. Dari minggu lepas cakap nak bagi baja itu, tapi..?

En Zam di office.

Ok Syuhada, jangan online pagi-pagi ni setelah datang lewat sejam selepas semua pegawai dah pun masuk office. ~ Nasihat sisi baik diriku kepada sisi jahat diriku. ehem. Tapi malangnya, pagi tersebut, sisi baik gagal menasihati sisi jahat itu. Gagal lagi. Perlahan-lahan bangun dari meja aku, menyusun langkah ke bilik komputer. Hehew~

PEKELILING ELAUN BAGI PELAJAR IPTA YANG MENGIKUTI LATIHAN AMALI DI AGENSI KERAJAAN. Itulah suatu pencarian di pagi yang penuh tragis. yehuu~ Boleh CLAIM! Dengan mata yang bersinar-sinar ($_$) seperti Mr. Crab dalam siri kegemaran Spongebob squarepant, terus mencongak-congak bayaran yang BAKAL diterima.

RM15
X 20 days
= RM400 monthly

ok, for 3 months, =RM1200

Ngee, betapa handalnya mencongak tanpa perlukan lagi kalkulator scientific! Syabas! Ok fine fine fine! Tengah berangan jadi kaya dengan RM1200 tu, tiba-tiba suara En. Zam berkumandang. 

Mesti nak buli, sisi jahat bermonolog.

"Tolong saya buat laporan pengembangan ni sekejap"

See?Dari 2 bulan yang lepas lagi dah tau dia memang nak buli. 
Ok-ok buat report. Dalam pertengahan membuat report itu, tiba-tiba pejabat sunyi tanpa suara En. Zam. eh eh. Boleh sepi pulak. Hati merasakan sesuatu yang tak best. Lahhhhhhh....... TIDOOOOO! GRRRR.

Begitulah nasib pelajar praktikal yang lemah.Namun begitu, sebaik sahaja beliau bangun tanpa rasa bersalah beliau bertanya ,

"Mike nak makan ape hari ni?" hee, soalan berbaur nak belanja aku makan. suka! perut tengah lapar. Dan aku mengoder lah tanpa segan silu..

*****

Petangnya.. 

"bos, baja?"

"oh saya terlupa syuhada, esok boleh?"

"esok bos? ok.."

*****

Esoknya..

"Bos?"

"Haa, tengok muka kamu saya teringat baja. " Amboi.. aku guna Ivy White Diamond kot..

"Esok la saya bincang dengan En. Meor kot-kot ada baja kat office dia ye. Boleh ye Syuhada?" Beliau menyambung. 

Aku tersenyum simpul. = =

*****

Di pejabat pertanian pengkalan Bharu, kawasan En. Meor.

Sesampai di sana, tanpa menunggu lebih lama lagi..

"En. Meor, ade Bos call tak?"

"Ye ye ade. JOm kite. "

"Nasib baik awak ingatkan awal-awal. Kalau tak saya pun lupa." aku tersengih. 

Alamat hancur la projek aku kalau asyik lupa je = = Tapi Encik Meor best. Siap bawak round ke swiss golf resort lagi tu. Oh indahnya Teluk Senangin ~

Moral of the story : Best kan jadi student praktikal?






Tuesday 11 September 2012

Meg Cabot fever *ciann caye kan*

11.04 a.m
12 september 2012


soooo boringgggggggggg,nothing can i do, everyday, at my office (recently la kan, tbe2 je ade office sendiri tu memang karut semata *tak payah percaya*) sambil buat muka bosan *actually, like always. hehew.

sooo, aktiviti-aktiviti haram mulalah berleluasa, bersama-sama kakak clerk kat sini (kak Tirah) meng'online setiap hari & buat2 sibuk padahal main game. SANGAT cemerlang.

Juga, berjaya menghabiskan siri PRINCESS DIARIES SEVENTH HEAVEN (actually bought since 2008, after graduate from SPM, cemerlang sangat kan. But, really, Meg Cabot really amazing writer. Sebab boleh buatkan aku menghabiskan novelnya yang semestinya in English (english is suck kan?) in only 2 days. Yang beli sejak 2008 tu boleh diabaikan. *lalala


sebenarnya hanyalah 1 siri princess diaries dibaca tapi cukuplah membuatkan aku TERASA NAK SANGATTT memiliki yang selebihnya sebab memang TOP BHAA .. thumbs up to Meg Cabot! Hopefully one day, ada koleksi yang macam ni :


and, 



Bila membaca 'the princess diaries 7th heaven", haisshhh, how come i feel like.. so dissappointed remembered that i already finished it! Sekali rasa nak lagi. Apa yang seronok pasal princess diaries, sebenarnya watak princess Mia tu sendiri yang clumsy, selalu fikir bukan-bukan (part yang kelakar :P) dan jugak watak2 lain, nenek yang kejam, lily.. micheal. huuu~ ok cukup.princess diaries just so owesome!  sekarang tengah layan yang ni ~ not bad :)



thanks to you, En Amad for the novelllllll. really3 appreciate it *lalala

semua teen novel! haa? im always seventeen ok.