sila klik jika murah hati :)

Thursday 27 September 2012

T.A.K.U.T

Dalam mengharungi arus kemodenan tanpa henti, kita. ya, KITA. Juga tak henti-henti ingin berubah. Semua orang ingin berubah. Hampir kesemuanya. Means, berubah dari jahat ke baik. Jahat? Hehe. Tak jahat mana kot? Mungkin yang lebih sesuai adalah dari kurang sempurna dari segi akhlaknya kepada hampir sempurna.Fitrah manusia memang begitu.

"ohh, yeke..tak perasan la pulak ''


Aku juga manusia. Sedang mengalaminya. Tapi, aku juga faham. Dunia tak seiring dengan perubahan yang sedang kita cuba hampiri.  Betul ke kita sedang menghampiri atau hanya terdetik di hati, tapi TAKUT nak melaksanakan?

Kita takut terasing. Dunia makin menjauhi fitrah kita. Kita bukan lagi sehaluan. Ada pula jalan lain yang menggamit. Fesyen, muzik.. Kita diancam dari pelbagai sudut.

"Hey, tak hot lah kalau pakai macam ustazah kan"

Hidup kita enjoy, mangsa fesyen. Bertudung tapi.. tidak melitupi apa yang sepatutnya. Muzik bagai.. Memang enjoy dan terasa 'HOT' bila upload gambar kat laman sosial, dipuji pula. Tapi? Hati rasa kosong. Kenapa? Kerana kita hidup menentang fitrah kita. Jiwa kita kosong. Ruh itu bukan milik duniawi. Beliau perlukan suntikan ukhrawi. Benar?

Aku juga seperti mereka di atas. Untuk 'survive' kononnya di zaman ini, sanggup melakukan apa saja asal orang 'perasan' kewujudan kita. TAKUT nak berubah. Takut terasing dari peredaran zaman. Takut terasing dari kawan-kawan yang hot sentiasa.

Pernah. Jiwa aku sekosong .... ini - > sampai terasa ingin tidur tak nak bangun, nak terus bermimpi.

Ada yang pernah bertanya. Bagaimana ingin berubah, sedang dirinya hanyut dengan kesibukan duniawi. Kelu untuk berkata. Kelu untuk tarbiah. Aku juga insan kerdil.

Semua kerana keberanian melawan arus dunia yang menentang fitrah kita. Kita perlu. Eh tak, kita wajib percaya, sekerdil mana pun kita, jika percaya Allah bersama kita mengikuti kehendak fitrah, menyemai kenyamanan buat jiwa kita, benar, kita akan rasa besar. Jiwa kita besar membuatkan kita tidak lagi takut.

yang cipta fitrah itu kita, bukan dunia. chill lah!




 see, sarung kaki. selalu orang abaikan. =)




~ semoga memberi renungan buat kalian, tarbiah dariku, untuk ku, untuk kalian juga, luv ya :) ~


No comments: