sila klik jika murah hati :)

Wednesday 30 November 2011

TAHNIAH INCIK ZAHIRIL ADZIM ! :)

Tadi tengah scroll down kat homepage mukabuku ( facebook) tiba-tiba ternampak link KEJUTAN ZAHIRIL BUAT SHERA MENANGIS. yup. my Zahiril Adzim lah. kesayangan HANIS ZALIKHA and semua wanita-wanita seantero Malaysia. ahaks. ok jangan nangis gurls. Shera memang terbaik untuk beliau. wee...ayat apakah tu? pasrah? redha? isk ! whatever :) hopefully beliau bahagia sampai akhir hayat beliau.  



ok yang lain tolong jangan jeles. sabo jelah~ T.T 
Barakallahulakumawabarakah alaik..


"semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu, serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan" (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibn Majah)

oke malas cakap banyak. kejutan Zahiril buat isterinya kat malam resepsi. korang ade ke? tibe-tibe. :P


Puisi beliau buat isteri pada majlis resepsi tersebut :-

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.


haishhhhhhhhh !!!!!! korang jangan mimpi la nk suruh incik Zahiril ni karang untuk korang. 
actually tak terkesima. errkk.terkesima tuuu...huuu.. yep ! terkesima. tak langsung. sebabnya pernah tersesat ke belog beliau ketika sedang enak berjalan-jalan dari belog ke belog. theeee~ 
memang puitis pun. terkadang tak faham apa yang cuba disampaikan. terlampau puitis. hiii.. maaf ye incik. bukan mengata tu.. seriusly, otak saya tak boleh hadam mende alah yang terlalu puitis. al maklum la kan. otak berangan lebih. hahaks!
korang macamana? nak uji tahap kepuitisan otak korang?
sila klik SINI untik ke belog my Zahiril Adzim.ops, Shera's Zahirl Adzim. hahaha. :D


sekalii lagi. tahniah sebab dah kawen :)

nah  .. adiah sebab berjaya jugak kawen .. ngee~




oke sekian. bai ! :)

Saturday 26 November 2011

SALAM MAALHIJRAH :)







SalamMaalhijrah. Maknanya umur kita makin meningkat. Apa yang menghampiri ya? yep , kematian :)

tak mo cakap banyak. jika sepanjang tahun ni ada yang menyinggung perasaan yang tidak diperasankan oleh aku, aku dengan rendah hati mohon maaf sangat-sangat.


well, memang diakui hubungan dengan manusia paling payah dijaga, aku manusia biasa. selalu je kekhilafan tu mengintai-intai.


 aku jugak, hamba Nya yang tak malu. Dah buat salah, setiap hari mintak ampun daripada Nya, moga diampunkan, kemudian tanpa sedar mengulangi benda yang sama. MEMANG TAK MALU KAN? Harap-harap sifatnya Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang tu dapat memaafkan aku.


Di Tahun Baru, Diharapkan anda semua, tanpa mengenal warna kulit mahupun gender, semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. amin :)



-

Friday 11 November 2011

tips menghadapi gundah gulana di saat musim hujan and baju tak kering-kering

Tips buat suri rumah yang sedang fenin kepala time ujan-ujan ujan.yea…
Assalamualaikum buat semua yang tengah mandi ujan..ade ke ?
Hujan hujan musim hujan. Hujan sekejap lepas tu panas, tiba tiba hujan rintik-rintik terus jadi ombak, mak bagi seposen, ayah bagi seposen, adik pegi cekolah, pen merah pen biru yu marah I lebiyu…yiiihaa..

Baju semua tak kering. Jadi amik inisiatif, hidup kena kreatif. Bila matahari yang pemalu yang suka berlindung di sebalik awan tu tiba-tiba munculkan diri , dengan kelajuan cahaya, sepantas kilat and selaju shutle Datuk Lee Chong Wei, terus pegi capai semua kain-kain yang dah siap di spin, yang tunggu masa nak sidai bawah sinaran suria je..sambil melompat keriangan, suruh abang-abang, kakak kakak or mak atau opah pun boleh jugak, mintak tolong setat ( start) kan keta (kereta) mintak pindah ke tempat yang betul-betul hot (bukan la neraka pulak.ish ! nauzubillah ! ). maksud saya yang comel ni, kat tempat yang kena panas la, kena cahaya matahari tanpa ragu-ragu dan segan silunya. 


faham ?


tak faham ye...

ni matahari...




eh, tersalah upload. jap ye, loading ni ..


oke, yang ni matahari yang pemalu tu. beliau akan sinarkan cahayanya ke bumi yang berbentuk sfera tu supaya bumi dapat haba, hidupan dapat meneruskan kehidupan dengan selesanya.
oke ?
paham dah ?
bagus ..senyom sikittt ..oke, pegi gosok gigi dulu.

ehem.pe tadi yea ? haa..kat mana cahaya matahari tu pegi, jadi kat situlah tempat yang tepat untuk di parking kereta tersebut. tak kisah la BMW or Toyota Vios or kancil sekalipun, tak kisah. aiman tak kisah oke.

pastu,,,

macam ni..tadaaa....




oke. ni contoh. best tak.? siyus syiokkk...baju cepat je kering. sebab secara teorinya, muatan haba tentu besi  kereta adalah rendah. macam jugak letak kuali atas api..maknanya, cepat panas and cepat sejuk.  sekejap je beliau ( encik kereta ) berada kat bawah cahaya matahari yang bukan suam suam kuku tu, terus panas kan ? (pe lis angguk) jadi, selepas hukum muatan haba tentu, kita apply teori sebelah menyebelah pulak. ahaha. mestila haba kereta tu akan diserap oleh baju-baju yang kita sidai kat atas tu. jadi, satu side baju tu akan kering ngn cepat. kena la selalu wat follow up ngan baju-baju kita tu. bila da kering 1 side, jadi cepat-cepat la alihkan. ha, dapat bayangkan ?

wee, kalau susah sangat nak imejin( imagine), ingat jje mamat hensem yang tengah bakar roti + daging burger tu..


macam mamat hensem ni..ehem.


lepas da masak satu side daging tu mesti punyalah dia nak balikkan ke sebelah lagi. sebab haba tersebut telah memasakkan daging tersebut la. eh..

jadi, maksudnya...kain = daging burger. aaa.. ikut konsep je. jangan la lepas ni dijamah pulak sume kain baju. oke . wink * saya dah cuba kat rumah di musim hujan yang tak menentu ni ^^ . eh. lupa pulak , pesanan dari pihak penaja botol air kitar semula cap ayam, " boleh cuba ini di rumah anda mahupun rumah opah sebelah mak atau ayah  ( ikut kesesuaian masa dan ketika) anda pasti mampu tersenyum gembira"

terima kasih encik matahari, terima kasih juga laman rumah mak, dan tak lupa juga kepada  Proton Wira kak long yang telah banyak berjasa mengeringkan baju-baju saya .weeee~

kini, tiada lagi baju tak kering di musim hujan. hahaha !

love yu all readers !

Tuesday 8 November 2011

cinta-part I

assalamualaikum kepada yg sedang ingin bercinta sekalian =)

saya pencinta kritikal.sekolah rendah memang takde lah cinta-cinta ni.budak-budak, ape tau...tapi member sebaya time tu pun budak-budak la kan.?siap ada surat menyurat utusan yang dipertuan agung (tipu je) aku?nak cakap pandai pun tak, ulat buku apatah lagi ulat bulu . joking. werk,tak lawak pun :P betul, masa tu jatuh cinta kat hoki jer.


pastu lepas upsr bley kumpul ramai2 belakang kelas main 'getah'. err, ada nama saintifik ke mende alah  tu ?


yeah...mende alah ni..zero point ! like2..selalu kalau lawan budak laki ni for sure mereka kalah.mereka kan golongan yang lambat berkembang~err.ampun.

tak pun..
"rumah terbakar panggil bomba..
bomba datang berlumba-lumba
anak kambing patah kaki,
anak kambing berlari-lari
mak bapak saya sakit cepat cepat panggil dokter"


yea...pastu bomba pn datang berguling-guling main skipping skali, dokter pulak cucuk-cucuk pelumba lumba sekalian dengan jarum BCG.anak kambing menari nari? tarian ballet je. itu sume instrumen penting dalam permainan ni.errkkk...motif main ni? suka ati la :D

then, congkak...memang champion dah..actually mainn tu bleh apal step, so spe yg tak apal tu main la rumah terbakar panggil bomba, bomba datang tergolek golek B)

jengket-jengket? ting ting ?



oke yang ni strategi. pandai estimate, boleh jalannn.. tagan. da lama kan tak guna perkataan tu. tagan. tak tau la mungkin orang kedah je pakai bahasa tu? tibai jela. sebenarnya aku tak tau pe maksud yang tengah aku cuba nak tulis ni

oke cukup la menipu. sebenarnya tak pernah confess suka spe pun masa sekolah rendah dulu. suka-suka sebab beliau pandai. haha. girlsss...usha yang pandai je kan..

tapi kan...bila dah besar, beliau yang aku minat bukan cinta itu membesar (actually sampai sekarang tak berapa nak tinggi and gen putih terlebih) agak manis, cantik and lemah lembut. hehe. tak pernah jumpa dah walaupun kampung sebelah je :P

best, darjah 1 sampai darjah enam sekelas. oke, aku yang totally selekeh memang la beliau selalu kutuk. werk..kisahhh ke ? takat pengawas darjah enam masuk pertandingan bercerita bahasa inggeris ape celop ! kiki, apahal emo emo ni..

part yang menyebabkan terpaksa say hi hi bye bye kat beliau...apabila jamuan akhir tahun budak upsr taun 2001 kot, ( malas kire batch bile punya) cikgu besar mengumumkan pelajar terbaik bukan beliau tapi..ish, malu nak cakap,eh ! malu nak taip ! hehe ! oke. cinta memang amat kenal dengan bilangan A and anugerah apa yang kita dapat time tu. hahaha. budusss ~ 

daftar sekolah menengah yang sama, and kemudian isi borang tukar sekolah, pastu tak jumpa dah. okokbye