sila klik jika murah hati :)

Friday 9 December 2011

Gerhana Bulan 2011-10-December

Assalamualaikum. nak cite sket. semalam pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari kak long~


kak long : hari ni gerhana bulan boleh tengok pukul berapa erk
aku : ha?? ada gerhana bulan erk hari ni? hahahaha ( sangat up-to-date kan)
kak long : oo, camtu erk..ada la gamaknya
aku : pkul 9 kot. heee~
kak long : aku tau arini tapi tak tau pukul berapa

aku pun dengan pantasnya menalipon kawan lelaki aku. erk! 

aku : hari ni ada gerhana erk
beliau : gerhana apa, matahari ke bulan ( hahaha, lagi la up-to-date kan)
aku : bulan la..
beliau : oo. pukul 9 kot

Okay. atleast hujah aku yang cakap gerhana jadi pkul 9 adalah disokong! ahaks!

malamnya, lebih kurang pukul 8 p.m, time tengah dengar lagu "chance pe dance-Rabne Bana De Jodi( korang tengok ke? tengok tau! best cite tu. SRK x ennsem, tapi anushka Sharma tu macam aku.isk!)
okay, berbalik pada cite asal.sambil tengah bergelut setadi sebab nak midterm nex wik  tiba-tiba henponku berbunyi. tit toot..1 message receive
aku pun dengan penuh debaran menekan2 keyad henpon tersebut.

kak long : betul erk pukul 9, jangan tipu tau
aku : yela.. (sambil tiba2 rajin nak search kat tenet pasal gerhana bulan)

aku balik : tapi kan, aku tengok cakap sok..10.12.11. cemana tu
kak long : eleh (tak percaya la tu.huh)
aku : oo, mungkin kat indonesia kot 10.12.11 tu. 

nampak sangat malas baca artikel sepenuhnya.
pastu tiba-tiba henpon berbunyi lagu lalola
oo. mentang la guna DiGi Easy, asyik menalipon je.

aku : hello, assalamualaikum laling
aboy : waalaikumsalam
aku : hah, awatnya
aboy : saja la. 
aku : oooo..jom tengok gerhana bulan! ( excited tiba-tiba)
aboy : hang tau tak napa aku tepon ni?
aku : mestila tak
aboy : 1.sebab aku boring
aku : ooooo
aboy : 2 sebab tak tau nak tepon sapa
aku : ooo
aboy : 3 sebab nak ajak tengok bulan punya gerhana la

hehe, macam boifren pulak dah abang aku ni, bak cite dulu-dulu, "walaupun kita jauh, u kat sana, i kat sini, kita tetap tengok bulan yang sama" eheheh...
aku yang tengah google kat tenet tbe-tibe terjumpa la sal gerhana kat metro online..
and sepantas kilat cakap kat aboy 

aku: weii..esok la gerhana. pandai-pandai ja kakak hang tu cakap arini
aboy : la, yaka..kakak hang ni memang la...
aku : eeii..esok...

and sebagai adik yang baik ati, aku mesej kat kakak aku

aku : esok la , aku tengok metro online tadi, 10.12.11
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

kak long : ohhhhhh..faham !

pastu siap mesej cara-cara solat gerhana lagi.

Niatnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Rakaat pertama
  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud
  9. Tahiyyat Akhir
  10. Salam



gerhana bulan kali ni jadi takdelah lewat sangat. macam masa Jun ari tu, lewat pagi dah, time orang tido kot.  jadi kali ni jangan lepaskan peluang menikmati kebesaran Nya, sebab aku pun macam baru tau yang tak de gerhana sampai 2014 nanti pulak. jangan tak tengok tau ! aku pun tak sabar nak tunggu malam, sebab tak pernah tengok seumur hidup . theee heee.. ada aku terbaca tadi, telur ayam dapat berdiri time gerhana terjadi. desebabkan tarikan graviti bulan, matahari dan bumi sejajar pada waktu tersebut membolehkan telur berdiri. JOm test ramai-ramai. meriahkan super-super market menengok telur ayam berdiri.hee..

Kejadian gerhana bulan mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang...jangan lupa solat gerhana ye. mari sama-sama kita bersyukur. berfikir mengenai kebesaranNya :)

ni pulak nak share video.. 


jom - jom ! tengok gerhana !!!!!



Thursday 1 December 2011

nak ucap terima kasih kat brader Kiz!

assalamualaikum pembuka bicara,

ok aku memang orang yang cepat boring. pastu cepat sakit kepala bila mengadap laptop lama lama even 2 jam. 2 jam tu lama ka? bagi generasi X macam aku, tak kot.. erh,,X ke Y aku ni? krisis identiti sebentar.
nampak tak gambar kat bawah ni



okey...kadang-kadang orang blogwalking dan tinggal tapak kaki..
eh,tapak kaki ke erh???



oleh sebab belog ni warna blue-blue jadi spe yang terberjalan ke sini tapak kakinya otomatik akan terblue-blue jugak. yeke? Belog aku dipijak?? okey lupakan pasal belog yang dipijak or apa apa la. 

beliau yang bernama TECHIK tersebut telah singgah ke sini, jadi aku yang baik hati telah blogwalking ke belog beliau iaitu The Kiz's Garden. nak ke belog beliau sila tekan  SINI

kenapa ye nak terima kasih sangat-sangat ni? padahal orang blogwalking biasa la kan...

isk, wajib berterima kasih. sebab beliau menyediakan tuisyen free tau. Aku pun tengah godek-godek belog beliau , tiba-tiba ada tuisyen nak wat header. sob sob. okey, aku memang x reti wat header sebelum ni dan aku memang dah lama sangat cari benda alah ni. jadi tu je sebab musabab kenapa nak berterimakasih kt beliau. huhu, nampak kan header aku yang tak semenggah tu? actually saja try and error, kot kot la jadik..hehe, nanti bleh edit lain.. 




ha..ni header yang sekarang kan? la, senang je rupanya nk wat header...ish! tapi yang aku wat sendiri ni buruk  kan? (werk,angguk jelah.. :D )


tengok..incik belog Kiz punya header..cantik kan? hope someday dapat buat macam ni. heee~


apa-apa pun,

trimas brader Kiz! :)

beliau tak bertanggungjawab ke atas header belog aku yang comot tu. huuuuuuuu~~~~

Wednesday 30 November 2011

TAHNIAH INCIK ZAHIRIL ADZIM ! :)

Tadi tengah scroll down kat homepage mukabuku ( facebook) tiba-tiba ternampak link KEJUTAN ZAHIRIL BUAT SHERA MENANGIS. yup. my Zahiril Adzim lah. kesayangan HANIS ZALIKHA and semua wanita-wanita seantero Malaysia. ahaks. ok jangan nangis gurls. Shera memang terbaik untuk beliau. wee...ayat apakah tu? pasrah? redha? isk ! whatever :) hopefully beliau bahagia sampai akhir hayat beliau.  



ok yang lain tolong jangan jeles. sabo jelah~ T.T 
Barakallahulakumawabarakah alaik..


"semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atasmu, serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan" (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibn Majah)

oke malas cakap banyak. kejutan Zahiril buat isterinya kat malam resepsi. korang ade ke? tibe-tibe. :P


Puisi beliau buat isteri pada majlis resepsi tersebut :-

“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.


haishhhhhhhhh !!!!!! korang jangan mimpi la nk suruh incik Zahiril ni karang untuk korang. 
actually tak terkesima. errkk.terkesima tuuu...huuu.. yep ! terkesima. tak langsung. sebabnya pernah tersesat ke belog beliau ketika sedang enak berjalan-jalan dari belog ke belog. theeee~ 
memang puitis pun. terkadang tak faham apa yang cuba disampaikan. terlampau puitis. hiii.. maaf ye incik. bukan mengata tu.. seriusly, otak saya tak boleh hadam mende alah yang terlalu puitis. al maklum la kan. otak berangan lebih. hahaks!
korang macamana? nak uji tahap kepuitisan otak korang?
sila klik SINI untik ke belog my Zahiril Adzim.ops, Shera's Zahirl Adzim. hahaha. :D


sekalii lagi. tahniah sebab dah kawen :)

nah  .. adiah sebab berjaya jugak kawen .. ngee~




oke sekian. bai ! :)

Saturday 26 November 2011

SALAM MAALHIJRAH :)







SalamMaalhijrah. Maknanya umur kita makin meningkat. Apa yang menghampiri ya? yep , kematian :)

tak mo cakap banyak. jika sepanjang tahun ni ada yang menyinggung perasaan yang tidak diperasankan oleh aku, aku dengan rendah hati mohon maaf sangat-sangat.


well, memang diakui hubungan dengan manusia paling payah dijaga, aku manusia biasa. selalu je kekhilafan tu mengintai-intai.


 aku jugak, hamba Nya yang tak malu. Dah buat salah, setiap hari mintak ampun daripada Nya, moga diampunkan, kemudian tanpa sedar mengulangi benda yang sama. MEMANG TAK MALU KAN? Harap-harap sifatnya Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang tu dapat memaafkan aku.


Di Tahun Baru, Diharapkan anda semua, tanpa mengenal warna kulit mahupun gender, semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. amin :)



-

Friday 11 November 2011

tips menghadapi gundah gulana di saat musim hujan and baju tak kering-kering

Tips buat suri rumah yang sedang fenin kepala time ujan-ujan ujan.yea…
Assalamualaikum buat semua yang tengah mandi ujan..ade ke ?
Hujan hujan musim hujan. Hujan sekejap lepas tu panas, tiba tiba hujan rintik-rintik terus jadi ombak, mak bagi seposen, ayah bagi seposen, adik pegi cekolah, pen merah pen biru yu marah I lebiyu…yiiihaa..

Baju semua tak kering. Jadi amik inisiatif, hidup kena kreatif. Bila matahari yang pemalu yang suka berlindung di sebalik awan tu tiba-tiba munculkan diri , dengan kelajuan cahaya, sepantas kilat and selaju shutle Datuk Lee Chong Wei, terus pegi capai semua kain-kain yang dah siap di spin, yang tunggu masa nak sidai bawah sinaran suria je..sambil melompat keriangan, suruh abang-abang, kakak kakak or mak atau opah pun boleh jugak, mintak tolong setat ( start) kan keta (kereta) mintak pindah ke tempat yang betul-betul hot (bukan la neraka pulak.ish ! nauzubillah ! ). maksud saya yang comel ni, kat tempat yang kena panas la, kena cahaya matahari tanpa ragu-ragu dan segan silunya. 


faham ?


tak faham ye...

ni matahari...




eh, tersalah upload. jap ye, loading ni ..


oke, yang ni matahari yang pemalu tu. beliau akan sinarkan cahayanya ke bumi yang berbentuk sfera tu supaya bumi dapat haba, hidupan dapat meneruskan kehidupan dengan selesanya.
oke ?
paham dah ?
bagus ..senyom sikittt ..oke, pegi gosok gigi dulu.

ehem.pe tadi yea ? haa..kat mana cahaya matahari tu pegi, jadi kat situlah tempat yang tepat untuk di parking kereta tersebut. tak kisah la BMW or Toyota Vios or kancil sekalipun, tak kisah. aiman tak kisah oke.

pastu,,,

macam ni..tadaaa....




oke. ni contoh. best tak.? siyus syiokkk...baju cepat je kering. sebab secara teorinya, muatan haba tentu besi  kereta adalah rendah. macam jugak letak kuali atas api..maknanya, cepat panas and cepat sejuk.  sekejap je beliau ( encik kereta ) berada kat bawah cahaya matahari yang bukan suam suam kuku tu, terus panas kan ? (pe lis angguk) jadi, selepas hukum muatan haba tentu, kita apply teori sebelah menyebelah pulak. ahaha. mestila haba kereta tu akan diserap oleh baju-baju yang kita sidai kat atas tu. jadi, satu side baju tu akan kering ngn cepat. kena la selalu wat follow up ngan baju-baju kita tu. bila da kering 1 side, jadi cepat-cepat la alihkan. ha, dapat bayangkan ?

wee, kalau susah sangat nak imejin( imagine), ingat jje mamat hensem yang tengah bakar roti + daging burger tu..


macam mamat hensem ni..ehem.


lepas da masak satu side daging tu mesti punyalah dia nak balikkan ke sebelah lagi. sebab haba tersebut telah memasakkan daging tersebut la. eh..

jadi, maksudnya...kain = daging burger. aaa.. ikut konsep je. jangan la lepas ni dijamah pulak sume kain baju. oke . wink * saya dah cuba kat rumah di musim hujan yang tak menentu ni ^^ . eh. lupa pulak , pesanan dari pihak penaja botol air kitar semula cap ayam, " boleh cuba ini di rumah anda mahupun rumah opah sebelah mak atau ayah  ( ikut kesesuaian masa dan ketika) anda pasti mampu tersenyum gembira"

terima kasih encik matahari, terima kasih juga laman rumah mak, dan tak lupa juga kepada  Proton Wira kak long yang telah banyak berjasa mengeringkan baju-baju saya .weeee~

kini, tiada lagi baju tak kering di musim hujan. hahaha !

love yu all readers !

Tuesday 8 November 2011

cinta-part I

assalamualaikum kepada yg sedang ingin bercinta sekalian =)

saya pencinta kritikal.sekolah rendah memang takde lah cinta-cinta ni.budak-budak, ape tau...tapi member sebaya time tu pun budak-budak la kan.?siap ada surat menyurat utusan yang dipertuan agung (tipu je) aku?nak cakap pandai pun tak, ulat buku apatah lagi ulat bulu . joking. werk,tak lawak pun :P betul, masa tu jatuh cinta kat hoki jer.


pastu lepas upsr bley kumpul ramai2 belakang kelas main 'getah'. err, ada nama saintifik ke mende alah  tu ?


yeah...mende alah ni..zero point ! like2..selalu kalau lawan budak laki ni for sure mereka kalah.mereka kan golongan yang lambat berkembang~err.ampun.

tak pun..
"rumah terbakar panggil bomba..
bomba datang berlumba-lumba
anak kambing patah kaki,
anak kambing berlari-lari
mak bapak saya sakit cepat cepat panggil dokter"


yea...pastu bomba pn datang berguling-guling main skipping skali, dokter pulak cucuk-cucuk pelumba lumba sekalian dengan jarum BCG.anak kambing menari nari? tarian ballet je. itu sume instrumen penting dalam permainan ni.errkkk...motif main ni? suka ati la :D

then, congkak...memang champion dah..actually mainn tu bleh apal step, so spe yg tak apal tu main la rumah terbakar panggil bomba, bomba datang tergolek golek B)

jengket-jengket? ting ting ?



oke yang ni strategi. pandai estimate, boleh jalannn.. tagan. da lama kan tak guna perkataan tu. tagan. tak tau la mungkin orang kedah je pakai bahasa tu? tibai jela. sebenarnya aku tak tau pe maksud yang tengah aku cuba nak tulis ni

oke cukup la menipu. sebenarnya tak pernah confess suka spe pun masa sekolah rendah dulu. suka-suka sebab beliau pandai. haha. girlsss...usha yang pandai je kan..

tapi kan...bila dah besar, beliau yang aku minat bukan cinta itu membesar (actually sampai sekarang tak berapa nak tinggi and gen putih terlebih) agak manis, cantik and lemah lembut. hehe. tak pernah jumpa dah walaupun kampung sebelah je :P

best, darjah 1 sampai darjah enam sekelas. oke, aku yang totally selekeh memang la beliau selalu kutuk. werk..kisahhh ke ? takat pengawas darjah enam masuk pertandingan bercerita bahasa inggeris ape celop ! kiki, apahal emo emo ni..

part yang menyebabkan terpaksa say hi hi bye bye kat beliau...apabila jamuan akhir tahun budak upsr taun 2001 kot, ( malas kire batch bile punya) cikgu besar mengumumkan pelajar terbaik bukan beliau tapi..ish, malu nak cakap,eh ! malu nak taip ! hehe ! oke. cinta memang amat kenal dengan bilangan A and anugerah apa yang kita dapat time tu. hahaha. budusss ~ 

daftar sekolah menengah yang sama, and kemudian isi borang tukar sekolah, pastu tak jumpa dah. okokbye


Thursday 22 September 2011

lelaki idaman wanita

assalamualaikum w.b.t =)
sebenarnya tadi attend kuliah pasal asal kejadian manusia dari perspektif Islam,then lecturer encik Firas Ali bukan nama sebenar ( tak boleh blah amik nama samaran dari drama Kau Laksana Bulan ) tersebut yang berkaitan terselitlah serba sedikit tentang wanita perhiasan dunia. sangat menerujakan. ye, betul,, syiokk gila dia lecture tadi. terasa macam terjatuh hati bila dia cakap ~

wanita ni perhiasan dunia.

bila da namanya perhiasan kan.. wajiblah letak kat tempat yang cantik2..logik kan. kan ke kalau boifrens, girlfrens, and whatever frens lah yang bagi hadiah, mesti nak letak kat tempat yang elok elok kan, tak kisah la even kat atas meja study pn supaya bila kita tengok je, emosi jadi cmni ^^ tak pun macam ni =] so suwiddd maa


ulang lagi. perhiasan. bukan maid tau..actually, dalam rumah tangga perlu ke isteri buat segala kerja rumah? kan ke perhiasan? memang terasa bertuah jadi wanita di saat ini =)

~semua yang si isteri sediakan untuk suami dapat pahala. ehhh????
 sebab...segala yang isteri buat untuk suaminya adalah sedekah. buat air untuk suami = sedekah isteri untuk suaminya. basuh baju suami = sedekah jugak..bla bla bla sumenya sedekah . best kan jadi isteri?? =P
jadi..jomlah kawen *thee he heee....blaja pun tak abes lagi tapi berangan je tau *

isteri menyusukan anak pun actually suami tu kena bayar isteri dia tau..huh, memang diangkat gila2 lah darjat wanita ni sebenarnya..cuma kita tahu atau tak je kan..




err *terus pikir macam mana caranya nak kawen cepat*

Wednesday 14 September 2011

jadual semester 5


sangat best jadual sem ni~ start pukul 9.30,balik pukul 2.suka =D

semester baru okaiii


tiga bulan break...oke,sgt heaven,,tak payah mengadap segala test,quizes,,,assignmentssss,,,,ok done! yg boringnya bila baliik u,hui,,,

1.kena unpack barang
2.angkut kotak2 yg berkilo2 (diisi buku) dari bilik simpanan barang..(penat gile kot)
3.lagi penat bila ada yg bertanya...result macam mana?oke x?masalahnya yg bertanya tu sumenya budak 1st class..hheeeee...
4.mggu add drop,lecture suka2 cancle kelas setelah kami yg rajin berkejar-kejaran menghambat diri yg malas ni    ke kelas..ahaha

Tuesday 13 September 2011

raya taun ini

menangis T.T siap awal2 last2 terpaksa tunggu semua bersiap nk pegi solat raya kat surau kg batu hampar ( ehem,kampungku yea ) then...sampai2 kat surau memang rasa nk seret muka kat jalan je....imam tengah khutbah.okaii.khutbah .. T.T org kalau solat jumaat, khubah dulu baru solat, kalau raya pulak...??? ahah,rezki nk solat sunat aidillfitri xde la mknanya..keciwa T.T pegi jugak lah duduk kat tangga surau tu (surau terlampau penuh ) dengar jugaklah dengan hati yang ralat sikit =] sebab bila bersalam-salaman...ramadhan dah berlalu...agak2 ada lagi tak peluang nk berjumpa Ramadhan??? ................................................................................................................................................................................................................................................................. . . . . . .  .............. . . . .    . . . . .     ...........
rindu arwah abang..al fatihah untuk dia...berdoa supaya dia dapat yang terbaik =]

balik dari surau agak2 baru je nk melaram depan kamera, okaii,,jap je dah ada tetamu yg datang...akibatnya...

ni je gmba raya yg ada! tu pn ngn abng~mohd rizal..ish3..

then,,,ada gk jamuan raya kat surau! lapar,jadi terpaksa pegi *sigh!

 semua ni terpaksa makannn..diulang,,terpaksa!!

 terpaksa makan sampai licin laksa yang ditambah berkali-kali.terpaksa lagi.aish!

kek + agar-agar . suwiddd ...like sgt3


eh,asal ada gamba nih???


hah..ini ali..ala-ala saidina ali kot...yeah,its true,,,dyelah yg telah merongakkan keyboard laptop sy. OMG *nangis dalam redhaa T.T

best sangat ke jadi cikgu?

selamat hari raya semua!!! sgt suka raya - raya nie...dapat makan banyak3,,,(eleh,byk sgt la makan,,dasar keding..) semester break dah berakhir,,jadi kena antar balik ke sini~sintok..adeiii,,,,semester break punya story,,,yeah,,cuti 3 bulan ye x budak2 degree??? jadii,,sebagai siswi yg berwawasan~ saja nk semakkan otak,,here i am,, =]

 sudah maklum bulan ramadhan..jadi,sy makin slim okaiii =D
 bilik guru smk pantai remis,kerjakah itu?

 ouh,gamba nih x clear..with 5science's girls,,,,teach moral education!ahah!
spe nyeer tangan la yg menyenap gmba nih...ish3..:P
boys over flower,,kih3,,,5science's guys,,,=]
wif cik nadya ~ 1A3 student,,as geography teacher



1a3 juga,,,azlin! baik budaknya B)



yg malu2 nk bergambar..aishhh...!!! budak nakal 1a3~




okaiii,,sempat bergambar ngn budak2 sorak rumah tuah,sempena hari sukan tahunan smkpr ~ mak aihh,rindu!


lawa x??kad raya dr kah yuen~5sc yg baik ati..ngee :D

lagii...

zoom sket,,aish! =P


time kasih kah yuen! harap cemerlang dlm spm =)



okaiiii,tu je ! babai smkpr!time kasih sbb bg sy peluang ya allah utk timba pengalaman berharga ini,,, 

Sunday 22 May 2011

cerita 1 malam...(dari pukul 7pm sampai 4.01a.m)

assalamualaikum..hey korang yg cummilll + .err...ape senyum senyum ?? tersipu lak owg ckp cummill..korang sgka apa?? puji korang ?? haha.. plez.... :P mmg ye ah..korang mmg cummill ble view blog saye yg comel ini..hohoho... tak ley tido ~ adehh... td terminum nescafe yg terbuat sendiri n tertuang ke mug upin ipin cik eiyka yg free gift tyme bli darlee kt c-mart canglun tuh...lalala~ byk kan insiden tak tersengaja ? pastu kan kan kan ... g pulak jawab exam utk paper last..decision making technique 3..hahaha..akibat minum nescafe kah ?? dengan lafaz bismillahirahmanirahim...bukak soalan satu..jeng jeng jeng.. "aik ? " hairan tengok soalan. ok,kite kool dlu..  8-) bukak pula soalan ketiga..err..lepas satu , dua kan kan kan ? oke, soalan kedua .bukak soalan kedua . sekali lagi "aik? " hairan + hairan =2 hairan. oke..korang memang cummill .. huh ??motif ?? oke, soalan ketiga ..haha..sah ! ye ! apekah lagi..memang sah la kan.. soalan menguji kesabaran. ada 8 soalan. korang kan cummill + pandai... jadi "hairan + hairan + hairan + hairan + hairan + hairan + hairan + hairan = berapakah ?? " hah..itulah dye nyer..jadi,pedoman kite pada pagi yg mulia ini ye cik cik and incik incik... jgn menilai buku daripada kulitnya.."dont judge a book by its cover " hehe ! ye ah..kan kan kan.. entry ni xde kaitan ngn tjuk pun..ekeke..bajet gempak ah kaw ! oke .tdow jum...subuh menanti tu..:) assalamualaikum ! (x jwb dose,klu jwb sayang :P)

Sunday 24 April 2011

KeNaPa asYik2 gurls yg mcm lbih suffer???

for gurls out there...enjoy this pic and think: 


ye x???








sekian.. >_<

Thursday 14 April 2011

cute things that can make me smile



#1st~smile =)




#2nd~ smile smile =) =)






#3rd smile smile smile =) =) =)





#4th keep smiling~




#5th hihi..still smiling~





#6th smileee =) (senyum smpai telinge doremon)



#7th smile??? hihihi..sukaa kucen!




#8th hah..yg ni,dak demok yg mmg ske wat muka n rndu sgt3 kt dye..
mmg comel gilaaa~n rindu la nk geget pp dye.aiyaa!













thanks 4 viewing my entry! =) 
tenyom slalu~