sila klik jika murah hati :)

Monday 17 December 2012

With you






With You Lyrics:



Allah,
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there’s hearts all over the world tonight



What can I do?
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there’s hearts all over the world tonight



Wish I was smarter, when I was younger.
Found something better - made me a winner and,
I’m so glad to be Yours!
It’s my life that you own.




I start my journey when You forgive me 
I swear my whole world stops.
You are in my heart and, I’m so glad that its fine 
You are One truly kind…



You lighten me!
(I) Feel it, through and through, and
For sure ya Rabbee, there ain’t nothing You can’t do!
Because if I got You,
I don’t need money!
I don’t need cars!
Lord, you’re my all!



And…Oh!
I’m into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
And now I know I can’t be the only one,
I bet there’s hearts all over the world tonight,
with the Love of their life who feel…what I feel when I’m



With You, with You, with You, with You, ya Rahman! 
With You, with You, with You, ya Raheem!



I don’t want nobody else
Without You there’s no one left and, 
the Master of judgment day,
I got to have Your love and I cannot do without,



If I got You,
I don’t need money!
I don’t need cars!
Lord, you’re my all!



Oh!
I’m into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..



With You, with You, with You, with You, ya Rahman! 
With You, with You, with You, ya Raheem!



And I will never try to deny,
That You are my life,



Because if You ever let me go I would die!



So, I won’t front!
I don’t need another mission,
I just need you as my vision!
If I got You, I’ll be straight,
Rabbee I need you every day!



I need Allah…
And the hearts all over the world tonight,
I said there’s hearts all over the world tonight
What can I do?



I need Allah…
And the hearts all over the world tonight,
I said there’s hearts all over the world tonight



Rab ighfirly
Fantal kareemuu!



Wa3fu ya rabbee
Fantar raheemuu!



With You, with You, with You, with You, ya Rahman! 

With You, with You, with You, ya Raheem!

Sunday 16 December 2012

Dah konvo dah die..

Amaran : Entry pendek!


Tahniah you. Dah konvo. Settle for Dip! Now 3rd Sem for Degree! I am looking forward to it! Hopefully, dipermudahkan segala urusan =) 

Me? Tunggu bulan 10 next year. Jenuh pejam, celik, makan, nyahtinja, etc baru dapat konvo. But on that time you dah sem 5. insyaAllah. Bila I grad degree, you pun nak abis degree dah.


Tapi takpe. Adalah hikmahnya tu . Kan? Btw, congrats again. Hopefully, I can attend your Degree's convocation day! Love you. ^_^


Thanks for reading XD

Today is 17 December 2012.

Orang cakap jangan banyak pikir. Nanti cepat tua. Orang jugak cakap, orang yang tak suka berfikir ni cepat nyanyuk. Ok compare those two statement ''orang kata'', i prefer # two. Biar tua asalkan tak nyanyuk. HOHO. Tua tetap tua. Masa berjalan setiap kali kita bernafas. Sesaat, dua saat. Dan oleh sebab itu, yup, kita semua akan tua. It is numbers that we cannot argue right? Sebab tu I Love Math. Tapi tak pasti la kalau Math tu suka I ke tak. Tak kisahlah. Yang pastu Mat suka I. *tetibe! Tadi bukak emel. And got this;


and also CELCOM. Thank you. Tak pernah lupa birthday aku. Terharu tauuu. (rolling eyes) . 
 Pagi tadi. Yup big thanks to celcom. hampir terlupa.Today is 17 december. almost near to my birthday. 
2 Birthdays a year. Tak tau la kesilapan teknikal yang bagaimana harus aku terangkan. Kat sijil lahir & ofkos i/c lain dari yang sebenar. Tapi the real birthday is not on the date yang Celcom & Maxis selalu bagi call & sms free tu. Actually it is ten days after the day. So bila dapat sms dan call free on the whole week tu, rasa sebu nak call orang. Sebab tak rasa best pun.


But the fact is, i love my birthday date! Motif? yeah. Betul. Orang maths memang suka ya amat berkira2.
Bayangkan orang tengah countdown untuk tahun baru, tapi aku countdown utk my birthday. See? I am exclusive! Thehehe. 


Saya Nor Syuhadah is 23 tahun ni =)
Huwaa. Old enough ke? Whatever. Ada makcik tu asyik cakap adik aku tu lah kakak aku. Nampak tak? Padahal adik aku 19, aku 22, 11bulan. hihi. Sorry adik. Kakak hang ni memang tak matang. Suka main-main. Harap maklum.

Then makcik tu cakap : La, ingatkan baru 19, anak makcik baru 19 tapi dah nampak macam 20, 21.
Aku: Err yeke. (malu2 kekeke)
Makcik tu: Ye betul. Bak 2 Kupang (sebab puji tadi) #Sigh.

Ok makcik tu sebenarnya taknak aku perasan sangat sebab tak elok la anak dara berangan kan. (ayat cover)

Tak kisahlah.Janji aku nampak muda daripada adik. Hiks. Sory again =P

Berbalik kepada tarikh2 tadi tu. Baru ja celebrate birthday, bangun pagi lusanya dah terasa tak best balik. Bukak je mata dah mengeluh " Uh.. Today I'm 24" 

Ok then. Never mind! Smile always, and you will always look young~

Hoyeah.. We are young ! =D




Thanks for reading! XD


Thursday 13 December 2012

Fitri


Fitri, fitrah. back to fitrah. (aidil fitri). Well,,, fitrah manusia tu nakkan something positive.. yang baik kan? Terfikir. Ade ke manusia yang terdetik " nak jadi jahat" atau " nak sejahat setan hari ni". Err, I guess no. tak da. (geleng-geleng kepala dengan yakinnya) Me also. Nak jadi baik. Everyday. Every second. Hu. kalaulah orang faham.. 

Tapi kenapa The World tak faham? Kenapa mesti mereka mempersendakan niat suci aku dan kawan-kawan yang lain iaitu yang nak jadi baik mengikut kehendak fitrah tu? Mereka reka fesyen2 yang mencolok mata. Homegad. Sisi jahat aku akan kata. Lawa gila fesyen tu. And mulalah otak aku berangan bagai dengan fesyen camtu. Lawa ke kalau pakai cenggitu? Pastu lupa diri. Beli. Order online. Order sampai. Test baju, tudung. Memang tak menepati syariat tapi hati kata "lawa". Tangkap gamba. Upload kat Facebook. Like. Like. Like lagi. Rasa hot. 55Likes. Uh. Rasa berkobar2 macam retisss. 

" Lawa la you ni." 
" Macam retiss youu..."
"Comel gila. nak berkenalan boleh?"
"Kucing you ke yang kat belakang tu?" err

Whatever. Semua pujian memberangsangkan. Takda sekomen pun yang cakap:

"kau apahal pakai camni? Dedah aurat sana sini? Tak takut dosa?"

tak pun macam ni:

"Tau dah lawa. Tak payah upload kat sini, tak manis. Allah tak suka"
"Gambar ni tak heret kau ke syurga pun. mati tak tau bila"

well, "mati tak tau bila" Pernah dengar tak ayat ni : "Orang yang paling pandai adalah orang yang mengingati mati" Kalau ada orang cakap macam tu kat aku, mesti aku akan - tumbs up! its true. Org pandai takkan lalai. Bila dia ingat mati dia takkan lalai. Dia takkan ada masa nak beli online baju baju yang tak tepati syariat. 

"saya tak cukup sedia lagi untuk berubah"

Sampai bila nak bersedia sayangku. Time and tide wait for no man. Malaikat pun takkan tanya kita dah bersedia ke belum sebelum dia tarik nyawa kita? Tak tanya kan. Tau2 je dah terpisah nyawa dari badan.

Yes. Untuk berubah. you kena kuat. You kena tahu, yang you sebenarnya hebat. You kena kecikkan mata ataupun tutup terus mata dari memandang semua fesyen dan muzik yang melalaikan tu.Fesyen tak salah. Tapi biarlah yang bertepatan dengan syariat.

copy cat dari sini : Elle Zada

See. Cover semua. Dada, belakang. Baju longgar. Tak nampak susuk tubuh. Tak jarang . cantik kan? Sejuk mata memandang. 

Some tips to share with you all untuk menutup aurat :-

1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

(solusi, isu 26)




But here, some tips originally from me:-

1. Jangan lupa stokin. Selalu orang tak amik kisah pasal stokin ni kan?

 

2. Pakai baju yang bertepatan dengan syariat. Even da pakai baju pun. Tanya roomate, housemate, sibling or whatever~ "jarang tak tudung ni?" "nampak bentuk badan tak?" "cover tak tudung i ni?"

3. Ingat selalu. Bahawasanya '' Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. ''. And I bet, tak kan kita tak sayang ayah kita? abang2 kita? Kasihan kan. Sebab kita mereka pun terheret ke neraka. T_T

So, itulah tips simple from me! 

Selamat beramal. =) 

Thanks for reading! XD

cerita dah abis praktikal plok!

ok dah habis praktikal. study dah abis. bye2 UUM, bye2 lecturer2 berkaliber UUM sekalia. muah2 u ols. T_T sekarang iols bersendirian merawat hati yang sepi di hujung kampung.


ohh naa kasuma jiwakuuuuuu mari Obatiiiiiiiiiiiiiii Rindu hambaaa...

ok best kan? best kan lagu tu Tijah? Terima kasih Tijah sebab angguk (even though muka macam cicak tertelan ubat nyamuk).

Bila dah setel study, (hanya tunggu masa nak konvo) terasa ya Rabbiiii rindu ya amat kat zaman berhingus dan comel tu. Huh, berkejar ke kelas, berpeluh ketiak, masuk kelas, air-cond best, abis kelas, keluar berkejar ke bus stop berebut2 naik bus, balik bilik, tengok memo, ada test esok rupa2nya and terus buat muka *homegaddd then otomatik tengok movie sambil berpegang teguh pada prinsip "No Last Minute Study" padahal kau tu memang malas study. muehehe

comel kan jadi student yang clumsy tapi malas tapi taknak study tapi nak makan tido, online tapi taknak mandi tapi absolutely disayangi lecturer. haha memang taklah! Kita yang sayang lecturer sebab bagi markah untuk attendance =P

 

students life memang owsemm sgt. i love it. sebab tu berangan nak apply master pulak pasni walaupun duit takda. Kerja taknak. Dah kerja asyik online je kat office kan. memang cemerlang. *angkat kening

well, tak kisah la takda duit ke hapa. sebab memang nekad nak amik master. and taknak kerja, taknak pegi interview. Korang bos-bos, abang-abang besar jangan berangan nak hire aku sbg pekerja korang. haha. belagak nak mati punya statement. 

 Pasal takda duit tu (berapa kali dah aku ulang aku takda duit ni?) memang la. semalam mesej cik yat. 

me: yuran master berapa ringgit? 
cik yat: 2k - 3k per sem 
me: ouh. mahal gila. mana aku nak cekau duit *pengsan lima saat

tapi, bila pikirkan balik... Allah kan ada. Rezki tu akan muncul bila2 kalau kita yakin. At da same time, opkos la kena usaha jugak. (pasni habis la semua duit simpanan. ) well, tak perlu mengeluh. tak selesaikan masalah. *senyum kambing

 


Kambing? Pagi2 lagi aku da kuar rumah dengan kelam kabutnya sambil pegang bekal roti canai, tiba- tiba lembu ayah (mak tua nama diberi ) pandang aku. Aku pandang dia balik. And dia pandang bekal aku bawak. Aku pun memandang ke arah yang sama. *Bunyi itik dan ayam berbual

 

*gambar hiasan

Beliau ni (Mak Tua) memang gila. Gila Durian, gila cempedak. gila pisang. Pastu haritu musim durian mengada ngada taknak makan rumput. nak makan durian. Pastu taknak buka sendiri. Mengada gila. Ayah jugak kena bukakan durian tu. Lagi, aku jugak dapat layanan yang sama dari ayah. Homegad. Aku dah disamakan dengan Mak Tua. Grr. Tak syok. 

Ok sekarang memang tak dapat la kaw yang Cow tu ROTI CANAI yang aku buat bekal ni. tak mungkin terjadi. PAstu sebabkan beliau kena ikat, aku pun panggil la beliau (walaupun aku dah lewat!)  sambil tunjuk tunjuk bekal yang aku bawak tu kat beliau. Dan, beliau cuma buat lembunya tanpa sedikit pun menoleh ke arah aku yang tengah eksaited tu. Huh. Dasar lembu. 

Tapi tak pe. Beliau comel jugak. Bye!

Thanks for reading ! XOXO

Tuesday 20 November 2012

Gaza; Ya Allah. Hancurkanlah tentera Israel sebagaimana Hancurnya Tentera Bergajah Abrahah di TanganMu~


Sedang ku berjalan pulang dari masjid,
ku terasa lengan jubah putih ditarik manja.
“Balong Balong, why Israel attack Gaza?
Why must there be war?
And why not Malaysia?”
“Sayang, they attack Gaza because they are afraid.”
Hati tersengih melihat dahi adikku berkerut,
terasa kasihku padanya melimpah ruah,
sungguh, cinta yang bersandarkan Allah,
amat luar biasa penangannya,
sungguh hebat auranya.
“Malaysian Muslims have already lost the war.
We lost to McD, televisions, songs, games, KPops, and cigarettes.
We are their sheeps, we are their goats.
We are no one in their eyes.”
“But Gaza, fuh.
That’s a different story.
They live by the al-Quran,
they live the life of the Sahabah.
Which is why they are fighting the real war right now.
Which is why they running towards Syahid, and Jannah.
It’s our dream too, sayang.
It’s our dream.”
Kini tangan ku digenggam erat.
Biarpun pandangan kami tidak bertentangan,
tapi aku yakin, hati kami sedang mengibarkan sayap,
terbang ke arah saudara-saudara kami tercinta,
di Gaza, tanah tumpahnya darah para Syuhada’.
“Balong.”
Hm?
“Jom read al-Quran?”
“Jom.”
Langkah dipercepat.
Genggaman diperkemas.
Hati dipertetap.
Menuju destinasi yang sama.
Jannatul Firdausi.
Tempat pertemuan para Mujahid.
Matlamat kami dan mereka.
Kini, esok dan selamanya.
…………………..
“Wahai Nabi (Muhammad)! Cukuplah Allah (menjadi pelindung) bagimu dan bagi orang-orang Mukmin yang mengikutimu.”
-Al-Anfal 8:64-
Kadangkala, kita terlalu khusyuk mengungkap bait-bait pembakar semangat,
“Usah gusar, kita ada Allah! Islam pasti menang!”
“Jangan takut, wahai saudara-saudaraku di Palestina, Allah ada bersama kita!”
“Ayuh, kita tembakkan doa, cukuplah Allah menjadi pelindung kita!”
Hingga kita terlupa,
kita teralpa,
hanyut dibuai kesyokan diri.
Allah mencukupi bagi mereka yang Dia kehendaki.
“…dan bagi orang-orang Mukmin yang mengikutimu.”
Cukup Mukminkah kita?
Cukup mengikuti Rasulullah kah kita?
Tidak semudah itu jalan Mujahid,
dan tidak seindah itu jalan Syuhada’.
Tapi Jannatul Firdausi,
tetap menjadi impian mereka-mereka,
dan menjadi dambaan kita-kita.
***
“… iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.”
“… dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna.”
“… dan orang yang menunaikan zakat.”
“… dan orang memelihara kemaluannya.”
“… orang yang memelihara amanat dan janji-janjinya.”
“… serta orang yang memelihara salatnya.”
- Al-Mu’minun 23:1-11-
Ayat-ayat dalam surah Al-Mu’minun,
tatkala diberitahu ciri-ciri para Mukmin,
sangat ringkas, dan straight to the point.
Kerna, Allah sedang menegur kita, sayang.
Allah sedang memberitahu kita,
yang inilah jalan yang satu,
yang Aku redhai.
Lakukan ia dengan hati yang tetap,
akan jadilah engkau dalam golongan mereka yang beriman.
…………
Wahai saudara-saudara yang ku kasihi sekalian,
Boikot barangan Israel itu bagus.
Tembakkan doa bertubi-tubi itu jua bagus.
Tapi kita ada sesuatu yang lebih besar yang perlu dibuat,
iaitu beriman kepada ayat Allah,
“… Kobarkanlah semangat para Mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, karena orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti.”
- Al-Anfal 8:65 -
Celikkah anda, Rijal-Rijal Mu’minin?
Nampakkah anda, Nisa’-Nisa’ Mu’minat?
Kita tak perlukan 1.5 billion orang Islam di dunia ini,
yang kita perlukan hanyalah segolongan orang yang bergelar Mukminin,
golongan yang beriman kepada Surah al-Mu’minun,
dan hidup berpandukannya.
Dan yang kita perlukan adalah membangkitkan semangat mereka,
sedarkan mereka dengan cepat,
dan kobarkan himmah mereka.
Kita perlu memastikan mereka mengenal erti tajarrud.
Kita perlu menyedarkan mereka akan pentingnya menyerahkan segalanya kepada Islam.
Sungguh,
kebangkitan kedua itu sudah dekat,
kemenangan Islam itu pasti.
Dan kita bakal menjadi Mujahidin Mujahidah,
yang para Syuhada’ sedang menanti dengan penuh gembira.
Allahu Allah!
”.. mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepadanya, dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka…”
- Ali ‘Imran 3:169 -

via munyi tumblr

Thursday 27 September 2012

T.A.K.U.T

Dalam mengharungi arus kemodenan tanpa henti, kita. ya, KITA. Juga tak henti-henti ingin berubah. Semua orang ingin berubah. Hampir kesemuanya. Means, berubah dari jahat ke baik. Jahat? Hehe. Tak jahat mana kot? Mungkin yang lebih sesuai adalah dari kurang sempurna dari segi akhlaknya kepada hampir sempurna.Fitrah manusia memang begitu.

"ohh, yeke..tak perasan la pulak ''


Aku juga manusia. Sedang mengalaminya. Tapi, aku juga faham. Dunia tak seiring dengan perubahan yang sedang kita cuba hampiri.  Betul ke kita sedang menghampiri atau hanya terdetik di hati, tapi TAKUT nak melaksanakan?

Kita takut terasing. Dunia makin menjauhi fitrah kita. Kita bukan lagi sehaluan. Ada pula jalan lain yang menggamit. Fesyen, muzik.. Kita diancam dari pelbagai sudut.

"Hey, tak hot lah kalau pakai macam ustazah kan"

Hidup kita enjoy, mangsa fesyen. Bertudung tapi.. tidak melitupi apa yang sepatutnya. Muzik bagai.. Memang enjoy dan terasa 'HOT' bila upload gambar kat laman sosial, dipuji pula. Tapi? Hati rasa kosong. Kenapa? Kerana kita hidup menentang fitrah kita. Jiwa kita kosong. Ruh itu bukan milik duniawi. Beliau perlukan suntikan ukhrawi. Benar?

Aku juga seperti mereka di atas. Untuk 'survive' kononnya di zaman ini, sanggup melakukan apa saja asal orang 'perasan' kewujudan kita. TAKUT nak berubah. Takut terasing dari peredaran zaman. Takut terasing dari kawan-kawan yang hot sentiasa.

Pernah. Jiwa aku sekosong .... ini - > sampai terasa ingin tidur tak nak bangun, nak terus bermimpi.

Ada yang pernah bertanya. Bagaimana ingin berubah, sedang dirinya hanyut dengan kesibukan duniawi. Kelu untuk berkata. Kelu untuk tarbiah. Aku juga insan kerdil.

Semua kerana keberanian melawan arus dunia yang menentang fitrah kita. Kita perlu. Eh tak, kita wajib percaya, sekerdil mana pun kita, jika percaya Allah bersama kita mengikuti kehendak fitrah, menyemai kenyamanan buat jiwa kita, benar, kita akan rasa besar. Jiwa kita besar membuatkan kita tidak lagi takut.

yang cipta fitrah itu kita, bukan dunia. chill lah!




 see, sarung kaki. selalu orang abaikan. =)




~ semoga memberi renungan buat kalian, tarbiah dariku, untuk ku, untuk kalian juga, luv ya :) ~


Wednesday 26 September 2012

Janji tinggal janji

kilat sabung menyabung menunjukkan kekuatan masing-masing. guruh berdentum, ngauman dari langit lagaknya. Hujan. Drive ke office. Kereta mak. (mana ade duit nak beli kereta berengine berkuasa kuda lagi  kan). Tiba di office. Tengok jam berjenama Alba kesayangan, pemberian orang kesayangan. Pukul 9. Tepat. Sambil menatap wajah bos, sambil juga tersengih. Makluman: Office buka pukul 8 pagi. Baiklah bos tengah tarbiahkan farmer pasal tanaman organik. Tumpang sekaki mendengar hujahan. Konon pelajar praktikal yang prihatin. Farmer pulang. Alamak.

"bos, hujan lebat tadi, sebab tu lambat", padahal tak pernah punctual pun.

"tak pe, hujan kan.."




hu~ tapi! Sesungguhnya aku drive ke office bukanlah kerana malas nak bawak moto laju-laju di pagi yang hening itu ataupun kerana hujan, tapi hanyalah kerana nak tuntut baja kimi & organik dari bos (seperti yang bos janjikan) untuk projek praktikal aku..

Tiba-tiba bos bersuara,

"Syuhada, petang nanti saya bagi baja ye, pagi ni saya ada hal, nak ke lain dulu," oh my bos. hu~

"petang ni ye bos?"aku mengulang pertanyaan, minta kepastian.

Bos ku, yang dah berkahwin tu, ok dah kawin ye, mengangguk comel. hesh. beliau sudah pun berkahwin.

"Orait bos. petang ni'"

Hanya Kak Tirah yang tersenyum manja melihat wajah manis palsu ku. Terpaksa berlembut hati. Pada hal lagi SEBULAN nak habis praktikal, tapi data untuk dianalis pun tak habis kutip lagi. Aduhai bos. Dari minggu lepas cakap nak bagi baja itu, tapi..?

En Zam di office.

Ok Syuhada, jangan online pagi-pagi ni setelah datang lewat sejam selepas semua pegawai dah pun masuk office. ~ Nasihat sisi baik diriku kepada sisi jahat diriku. ehem. Tapi malangnya, pagi tersebut, sisi baik gagal menasihati sisi jahat itu. Gagal lagi. Perlahan-lahan bangun dari meja aku, menyusun langkah ke bilik komputer. Hehew~

PEKELILING ELAUN BAGI PELAJAR IPTA YANG MENGIKUTI LATIHAN AMALI DI AGENSI KERAJAAN. Itulah suatu pencarian di pagi yang penuh tragis. yehuu~ Boleh CLAIM! Dengan mata yang bersinar-sinar ($_$) seperti Mr. Crab dalam siri kegemaran Spongebob squarepant, terus mencongak-congak bayaran yang BAKAL diterima.

RM15
X 20 days
= RM400 monthly

ok, for 3 months, =RM1200

Ngee, betapa handalnya mencongak tanpa perlukan lagi kalkulator scientific! Syabas! Ok fine fine fine! Tengah berangan jadi kaya dengan RM1200 tu, tiba-tiba suara En. Zam berkumandang. 

Mesti nak buli, sisi jahat bermonolog.

"Tolong saya buat laporan pengembangan ni sekejap"

See?Dari 2 bulan yang lepas lagi dah tau dia memang nak buli. 
Ok-ok buat report. Dalam pertengahan membuat report itu, tiba-tiba pejabat sunyi tanpa suara En. Zam. eh eh. Boleh sepi pulak. Hati merasakan sesuatu yang tak best. Lahhhhhhh....... TIDOOOOO! GRRRR.

Begitulah nasib pelajar praktikal yang lemah.Namun begitu, sebaik sahaja beliau bangun tanpa rasa bersalah beliau bertanya ,

"Mike nak makan ape hari ni?" hee, soalan berbaur nak belanja aku makan. suka! perut tengah lapar. Dan aku mengoder lah tanpa segan silu..

*****

Petangnya.. 

"bos, baja?"

"oh saya terlupa syuhada, esok boleh?"

"esok bos? ok.."

*****

Esoknya..

"Bos?"

"Haa, tengok muka kamu saya teringat baja. " Amboi.. aku guna Ivy White Diamond kot..

"Esok la saya bincang dengan En. Meor kot-kot ada baja kat office dia ye. Boleh ye Syuhada?" Beliau menyambung. 

Aku tersenyum simpul. = =

*****

Di pejabat pertanian pengkalan Bharu, kawasan En. Meor.

Sesampai di sana, tanpa menunggu lebih lama lagi..

"En. Meor, ade Bos call tak?"

"Ye ye ade. JOm kite. "

"Nasib baik awak ingatkan awal-awal. Kalau tak saya pun lupa." aku tersengih. 

Alamat hancur la projek aku kalau asyik lupa je = = Tapi Encik Meor best. Siap bawak round ke swiss golf resort lagi tu. Oh indahnya Teluk Senangin ~

Moral of the story : Best kan jadi student praktikal?






Tuesday 11 September 2012

Meg Cabot fever *ciann caye kan*

11.04 a.m
12 september 2012


soooo boringgggggggggg,nothing can i do, everyday, at my office (recently la kan, tbe2 je ade office sendiri tu memang karut semata *tak payah percaya*) sambil buat muka bosan *actually, like always. hehew.

sooo, aktiviti-aktiviti haram mulalah berleluasa, bersama-sama kakak clerk kat sini (kak Tirah) meng'online setiap hari & buat2 sibuk padahal main game. SANGAT cemerlang.

Juga, berjaya menghabiskan siri PRINCESS DIARIES SEVENTH HEAVEN (actually bought since 2008, after graduate from SPM, cemerlang sangat kan. But, really, Meg Cabot really amazing writer. Sebab boleh buatkan aku menghabiskan novelnya yang semestinya in English (english is suck kan?) in only 2 days. Yang beli sejak 2008 tu boleh diabaikan. *lalala


sebenarnya hanyalah 1 siri princess diaries dibaca tapi cukuplah membuatkan aku TERASA NAK SANGATTT memiliki yang selebihnya sebab memang TOP BHAA .. thumbs up to Meg Cabot! Hopefully one day, ada koleksi yang macam ni :


and, 



Bila membaca 'the princess diaries 7th heaven", haisshhh, how come i feel like.. so dissappointed remembered that i already finished it! Sekali rasa nak lagi. Apa yang seronok pasal princess diaries, sebenarnya watak princess Mia tu sendiri yang clumsy, selalu fikir bukan-bukan (part yang kelakar :P) dan jugak watak2 lain, nenek yang kejam, lily.. micheal. huuu~ ok cukup.princess diaries just so owesome!  sekarang tengah layan yang ni ~ not bad :)



thanks to you, En Amad for the novelllllll. really3 appreciate it *lalala

semua teen novel! haa? im always seventeen ok.



Tuesday 21 August 2012

Ramadhan yang Pergiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Assalamualaikum. Dua entry dalam satu hari bermakna aku takde kerja nak buat. hehe. raya ketiga, sudah bosan tak tau nak buat apa. masak-makan-masak-makan. tapi berat tak naik2 juge. fuuu~




Rindu pula. Aidilfitri semacam tak terasa.. Kenapa? Tak seseronok aidilfitri yang sudah-sudah? tak 'raya sakan'. Padahal persiapan raya bajet 'tip top' la kan. buang tebiat tak pernah-pernah aku menjahit langsir rumah. TAHNIAH TAHNIAH. anjakan paradima tu  :D 


Dah tahu puncanya. Sesal pulak Ramadhan dah berakhir. Lambat lagi nak tunggu tahun depan kan? Tahun ni Alhamdulillah, lebih bermakna. Mungkin tahun ni tahun aku 'membesar'. membesar dari segii minda mungkin? kat  office pun rajin bos pasang ceramah-ceramah agama. tersentuh juge lah hati batu aku ni dengar ceramah2 tu d bulan ramadhan. malu kat boss sebab nangis *cepat2 kena pujuk dengan boss* opss boss dah kawen. hehewww



mungkin itu istimewanya Ramadhan kali ni. mungkin terawih tak lah full.. tiap malam terawih. terkadang ter'skip' juga sebab letih, malas (heheheh) dan lain lain. tapi boleh qada' ngan tahajud, atau witir di penghujung malam.. ye, tahniah lagi sekali. tak pernah pernah sepanjang hidu, bangun untuk memasak sahur, solat dulu, atau solat selepas sahur (nasihat ustazah mashitah kat kampung, sekurang kurangnya tahajud 2 rakaat and witir 1 rakaat selepas sahur, supaya setiap malam bulan ramadhan kita 'hidup' syukran ya ustazah. semoga teranglah kubur ustazah nanti dengan ilmu yang dikongsi)

sebelum tu, entry kali ni bukan nak bermegaah. cuma nak kongsi perasaan ni. bukanlah bajet bagus. tak bagus pun sebenarnya. Aku hamba Allah yang banyak berdosa. Yang sedang belajar..

Solat jemaah di bulan Ramadhan.  Berkira juga aku di bulan Ramadhan. Dah sedar pahala di bulan Ramadhan berlipat kali ganda; amalan di bulan puasa 70kali ganda, solat jemaah 27kali ganda pahala. setiap langkah ke masjid, surau ada pahalanya. pemurahnya Ya Allah.. melangkah pun dapat pahala. mudah sangat nak buat pahala. Even makan pun dapat pahala. Memang Allah tu maha Pengasih, Penyayang..Pemurah..Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan diterima.Jauhkan dari ujub dan riak, niat untuk menunjuk2 dalam diri InsyaAllahh...

Masa di penghujung Ramadhan, ramaiiiiii orang meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahiroji'un.. Insyaallah, semoga roh mereka di kalangan orang-orang yang beramal soleh. amin. Risau. cukupkah amalan? Ustaz cakap, wanita, kalau nak masuk syurga, taatlah kat suami, taat kat Allah & ikutilah Rasul.. mudah masuk syurga. mulut akuu pulak spontan bertanya "kalau yang belum kawen?" hehewww~ yang belum kawen, jagalah hubungan ngn Allah,Rasul,mak ayah.. hubungan dengan manusia. Insyaallah.. 

Tapi sayangnya, tak terasa pun aku lailatul qadar. Lailatul qadar perlu dicari? mereka kata. yang penting, 10 malam terakhir tu kita hidupkan dengan ibadah. bukannya tiap malam mendongak langit, nak tengok ada lailatulqadar atau tidak? wallahualam.. 

semoga berpeluang bertemu lagi.. ya Ramadhan al Mubarak.. 



aku cuai menyempurnakan peluang yang diberi ketika bertemu Ramadhan kalii ini. :(