sila klik jika murah hati :)

Wednesday 26 September 2012

Janji tinggal janji

kilat sabung menyabung menunjukkan kekuatan masing-masing. guruh berdentum, ngauman dari langit lagaknya. Hujan. Drive ke office. Kereta mak. (mana ade duit nak beli kereta berengine berkuasa kuda lagi  kan). Tiba di office. Tengok jam berjenama Alba kesayangan, pemberian orang kesayangan. Pukul 9. Tepat. Sambil menatap wajah bos, sambil juga tersengih. Makluman: Office buka pukul 8 pagi. Baiklah bos tengah tarbiahkan farmer pasal tanaman organik. Tumpang sekaki mendengar hujahan. Konon pelajar praktikal yang prihatin. Farmer pulang. Alamak.

"bos, hujan lebat tadi, sebab tu lambat", padahal tak pernah punctual pun.

"tak pe, hujan kan.."




hu~ tapi! Sesungguhnya aku drive ke office bukanlah kerana malas nak bawak moto laju-laju di pagi yang hening itu ataupun kerana hujan, tapi hanyalah kerana nak tuntut baja kimi & organik dari bos (seperti yang bos janjikan) untuk projek praktikal aku..

Tiba-tiba bos bersuara,

"Syuhada, petang nanti saya bagi baja ye, pagi ni saya ada hal, nak ke lain dulu," oh my bos. hu~

"petang ni ye bos?"aku mengulang pertanyaan, minta kepastian.

Bos ku, yang dah berkahwin tu, ok dah kawin ye, mengangguk comel. hesh. beliau sudah pun berkahwin.

"Orait bos. petang ni'"

Hanya Kak Tirah yang tersenyum manja melihat wajah manis palsu ku. Terpaksa berlembut hati. Pada hal lagi SEBULAN nak habis praktikal, tapi data untuk dianalis pun tak habis kutip lagi. Aduhai bos. Dari minggu lepas cakap nak bagi baja itu, tapi..?

En Zam di office.

Ok Syuhada, jangan online pagi-pagi ni setelah datang lewat sejam selepas semua pegawai dah pun masuk office. ~ Nasihat sisi baik diriku kepada sisi jahat diriku. ehem. Tapi malangnya, pagi tersebut, sisi baik gagal menasihati sisi jahat itu. Gagal lagi. Perlahan-lahan bangun dari meja aku, menyusun langkah ke bilik komputer. Hehew~

PEKELILING ELAUN BAGI PELAJAR IPTA YANG MENGIKUTI LATIHAN AMALI DI AGENSI KERAJAAN. Itulah suatu pencarian di pagi yang penuh tragis. yehuu~ Boleh CLAIM! Dengan mata yang bersinar-sinar ($_$) seperti Mr. Crab dalam siri kegemaran Spongebob squarepant, terus mencongak-congak bayaran yang BAKAL diterima.

RM15
X 20 days
= RM400 monthly

ok, for 3 months, =RM1200

Ngee, betapa handalnya mencongak tanpa perlukan lagi kalkulator scientific! Syabas! Ok fine fine fine! Tengah berangan jadi kaya dengan RM1200 tu, tiba-tiba suara En. Zam berkumandang. 

Mesti nak buli, sisi jahat bermonolog.

"Tolong saya buat laporan pengembangan ni sekejap"

See?Dari 2 bulan yang lepas lagi dah tau dia memang nak buli. 
Ok-ok buat report. Dalam pertengahan membuat report itu, tiba-tiba pejabat sunyi tanpa suara En. Zam. eh eh. Boleh sepi pulak. Hati merasakan sesuatu yang tak best. Lahhhhhhh....... TIDOOOOO! GRRRR.

Begitulah nasib pelajar praktikal yang lemah.Namun begitu, sebaik sahaja beliau bangun tanpa rasa bersalah beliau bertanya ,

"Mike nak makan ape hari ni?" hee, soalan berbaur nak belanja aku makan. suka! perut tengah lapar. Dan aku mengoder lah tanpa segan silu..

*****

Petangnya.. 

"bos, baja?"

"oh saya terlupa syuhada, esok boleh?"

"esok bos? ok.."

*****

Esoknya..

"Bos?"

"Haa, tengok muka kamu saya teringat baja. " Amboi.. aku guna Ivy White Diamond kot..

"Esok la saya bincang dengan En. Meor kot-kot ada baja kat office dia ye. Boleh ye Syuhada?" Beliau menyambung. 

Aku tersenyum simpul. = =

*****

Di pejabat pertanian pengkalan Bharu, kawasan En. Meor.

Sesampai di sana, tanpa menunggu lebih lama lagi..

"En. Meor, ade Bos call tak?"

"Ye ye ade. JOm kite. "

"Nasib baik awak ingatkan awal-awal. Kalau tak saya pun lupa." aku tersengih. 

Alamat hancur la projek aku kalau asyik lupa je = = Tapi Encik Meor best. Siap bawak round ke swiss golf resort lagi tu. Oh indahnya Teluk Senangin ~

Moral of the story : Best kan jadi student praktikal?






No comments: