sila klik jika murah hati :)

Thursday 29 March 2012

buah cempedak di luar pagar

buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

alhamdulillah. dilahirkan dalam family Islam, Islam sejak lahir. Tapi Islam atas kad pengenalan diri. Islam kerana keluarga beragama Islam. Diri ni, sejujurnya masih perlukan bimbingan untuk memahami lebih banyak @ dalam tentang Islam. sejujurnya, diri ni masih cetek ilmu ukhrawi. ~~ bersediakah menghadapi mati yang pasti...?? ~~ pandang cermin. lihat pantulan imej diri di cermin. layakkah syurga untuk aku yang sukakan hiburan melampau? yang keluar rumah, tidak menutup aurat sempurna,,, menangislah ayahanda di akhirat kelak kerana gagal mendidik anak perempuannya sesolehah mungkin... Terkadang hati kepingin....melabuhkan tudung, menutupi semua area yang tak patut dipandang untuk ajnabi. terkadang juga..teringin menyarung jilbab ke tubuh. betulllll...teringin sangat. itu hati putihku. yang masih suci dari titik-titik hitam dosa-dosa yang aku dah lakukan. sisi hati sebelah hitamku pula berkata.. nanti dululah...betulkan dulu yang lain. solat pun masih tak terjaga. nak bawak imej muslimah pulak? Nantilah..bila semuanya dah sempurna?? Soalannya, sampai bila nak tunggu sempurnanya semua tu? mungkin ke ada yang sempurna di muka bumi ni?? bila lagi kita nak sempurnakan semua kekurangan tu kalau bukan kita mulakan dengan sempurnakan kewajipan kita, atleast kepada ibubapa dengan menjaga aurat..anggaplah itu satu permulaan ke arah kesempurnaan.. walau tiada yang sempurna melainkan Allah. Ya Allah, berikan aku kekuatan...

No comments: