sila klik jika murah hati :)

Friday 9 December 2011

Gerhana Bulan 2011-10-December

Assalamualaikum. nak cite sket. semalam pagi-pagi lagi dah dapat mesej dari kak long~


kak long : hari ni gerhana bulan boleh tengok pukul berapa erk
aku : ha?? ada gerhana bulan erk hari ni? hahahaha ( sangat up-to-date kan)
kak long : oo, camtu erk..ada la gamaknya
aku : pkul 9 kot. heee~
kak long : aku tau arini tapi tak tau pukul berapa

aku pun dengan pantasnya menalipon kawan lelaki aku. erk! 

aku : hari ni ada gerhana erk
beliau : gerhana apa, matahari ke bulan ( hahaha, lagi la up-to-date kan)
aku : bulan la..
beliau : oo. pukul 9 kot

Okay. atleast hujah aku yang cakap gerhana jadi pkul 9 adalah disokong! ahaks!

malamnya, lebih kurang pukul 8 p.m, time tengah dengar lagu "chance pe dance-Rabne Bana De Jodi( korang tengok ke? tengok tau! best cite tu. SRK x ennsem, tapi anushka Sharma tu macam aku.isk!)
okay, berbalik pada cite asal.sambil tengah bergelut setadi sebab nak midterm nex wik  tiba-tiba henponku berbunyi. tit toot..1 message receive
aku pun dengan penuh debaran menekan2 keyad henpon tersebut.

kak long : betul erk pukul 9, jangan tipu tau
aku : yela.. (sambil tiba2 rajin nak search kat tenet pasal gerhana bulan)

aku balik : tapi kan, aku tengok cakap sok..10.12.11. cemana tu
kak long : eleh (tak percaya la tu.huh)
aku : oo, mungkin kat indonesia kot 10.12.11 tu. 

nampak sangat malas baca artikel sepenuhnya.
pastu tiba-tiba henpon berbunyi lagu lalola
oo. mentang la guna DiGi Easy, asyik menalipon je.

aku : hello, assalamualaikum laling
aboy : waalaikumsalam
aku : hah, awatnya
aboy : saja la. 
aku : oooo..jom tengok gerhana bulan! ( excited tiba-tiba)
aboy : hang tau tak napa aku tepon ni?
aku : mestila tak
aboy : 1.sebab aku boring
aku : ooooo
aboy : 2 sebab tak tau nak tepon sapa
aku : ooo
aboy : 3 sebab nak ajak tengok bulan punya gerhana la

hehe, macam boifren pulak dah abang aku ni, bak cite dulu-dulu, "walaupun kita jauh, u kat sana, i kat sini, kita tetap tengok bulan yang sama" eheheh...
aku yang tengah google kat tenet tbe-tibe terjumpa la sal gerhana kat metro online..
and sepantas kilat cakap kat aboy 

aku: weii..esok la gerhana. pandai-pandai ja kakak hang tu cakap arini
aboy : la, yaka..kakak hang ni memang la...
aku : eeii..esok...

and sebagai adik yang baik ati, aku mesej kat kakak aku

aku : esok la , aku tengok metro online tadi, 10.12.11
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

kak long : ohhhhhh..faham !

pastu siap mesej cara-cara solat gerhana lagi.

Niatnya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)
Rakaat pertama
  1. Niat solat Gerhana, Takbir
  2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
  3. Rukuk
  4. I’tidal
  5. Baca Al-Fatihah dan surah
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
  1. Niat solat Gerhana, Takbir.
  2. Baca Al-Fatihah dan surah.
  3. Rukuk.
  4. I’tidal,
  5. Baca Al-Fatihah dan surah.
  6. Rukuk.
  7. I’tidal.
  8. Sujud
  9. Tahiyyat Akhir
  10. Salam



gerhana bulan kali ni jadi takdelah lewat sangat. macam masa Jun ari tu, lewat pagi dah, time orang tido kot.  jadi kali ni jangan lepaskan peluang menikmati kebesaran Nya, sebab aku pun macam baru tau yang tak de gerhana sampai 2014 nanti pulak. jangan tak tengok tau ! aku pun tak sabar nak tunggu malam, sebab tak pernah tengok seumur hidup . theee heee.. ada aku terbaca tadi, telur ayam dapat berdiri time gerhana terjadi. desebabkan tarikan graviti bulan, matahari dan bumi sejajar pada waktu tersebut membolehkan telur berdiri. JOm test ramai-ramai. meriahkan super-super market menengok telur ayam berdiri.hee..

Kejadian gerhana bulan mengajak kita untuk menambahkan lagi keimanan tentang kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata’ala sebagai Pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata’ala jua. Ia mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri antaranya bagi tujuan membolehkan manusia untuk bekerja pada siang hari dengan mudah dan pada malam hari pula dapat berehat dan bermunajat kepada Allah dengan tenang...jangan lupa solat gerhana ye. mari sama-sama kita bersyukur. berfikir mengenai kebesaranNya :)

ni pulak nak share video.. 


jom - jom ! tengok gerhana !!!!!



4 comments:

Anonymous said...

hahahaha,,aku doa kau gemuk slalo adda..aku xtgk pn gerhana bulan 2..waktu 2 aku kat melaka..patut la de kwn2 kt gerhana bulan tp aku tgk sbb ngat deme men2 je,...rugi tol la..

cik syue said...

hehe, rugiiii....2014 plak kot gerhana bln pasni? aku pn once in a life time la nih, teruja glerrr~~

NURUNRASHID said...

HEHEHE,,XPE LA XDE REZEKI AKU,,NPE SUMETIME MY BLOG XLEH MUNCUL AKAUN AKU,,2 JDK ANONYMOUS??

cik syue said...

yela,,xde rexzki, heee~ aikkk, ko x sign in belog ko kot?