sila klik jika murah hati :)

Thursday 13 December 2012

Fitri


Fitri, fitrah. back to fitrah. (aidil fitri). Well,,, fitrah manusia tu nakkan something positive.. yang baik kan? Terfikir. Ade ke manusia yang terdetik " nak jadi jahat" atau " nak sejahat setan hari ni". Err, I guess no. tak da. (geleng-geleng kepala dengan yakinnya) Me also. Nak jadi baik. Everyday. Every second. Hu. kalaulah orang faham.. 

Tapi kenapa The World tak faham? Kenapa mesti mereka mempersendakan niat suci aku dan kawan-kawan yang lain iaitu yang nak jadi baik mengikut kehendak fitrah tu? Mereka reka fesyen2 yang mencolok mata. Homegad. Sisi jahat aku akan kata. Lawa gila fesyen tu. And mulalah otak aku berangan bagai dengan fesyen camtu. Lawa ke kalau pakai cenggitu? Pastu lupa diri. Beli. Order online. Order sampai. Test baju, tudung. Memang tak menepati syariat tapi hati kata "lawa". Tangkap gamba. Upload kat Facebook. Like. Like. Like lagi. Rasa hot. 55Likes. Uh. Rasa berkobar2 macam retisss. 

" Lawa la you ni." 
" Macam retiss youu..."
"Comel gila. nak berkenalan boleh?"
"Kucing you ke yang kat belakang tu?" err

Whatever. Semua pujian memberangsangkan. Takda sekomen pun yang cakap:

"kau apahal pakai camni? Dedah aurat sana sini? Tak takut dosa?"

tak pun macam ni:

"Tau dah lawa. Tak payah upload kat sini, tak manis. Allah tak suka"
"Gambar ni tak heret kau ke syurga pun. mati tak tau bila"

well, "mati tak tau bila" Pernah dengar tak ayat ni : "Orang yang paling pandai adalah orang yang mengingati mati" Kalau ada orang cakap macam tu kat aku, mesti aku akan - tumbs up! its true. Org pandai takkan lalai. Bila dia ingat mati dia takkan lalai. Dia takkan ada masa nak beli online baju baju yang tak tepati syariat. 

"saya tak cukup sedia lagi untuk berubah"

Sampai bila nak bersedia sayangku. Time and tide wait for no man. Malaikat pun takkan tanya kita dah bersedia ke belum sebelum dia tarik nyawa kita? Tak tanya kan. Tau2 je dah terpisah nyawa dari badan.

Yes. Untuk berubah. you kena kuat. You kena tahu, yang you sebenarnya hebat. You kena kecikkan mata ataupun tutup terus mata dari memandang semua fesyen dan muzik yang melalaikan tu.Fesyen tak salah. Tapi biarlah yang bertepatan dengan syariat.

copy cat dari sini : Elle Zada

See. Cover semua. Dada, belakang. Baju longgar. Tak nampak susuk tubuh. Tak jarang . cantik kan? Sejuk mata memandang. 

Some tips to share with you all untuk menutup aurat :-

1. TAHU
Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR
Bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR
Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN
Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, “Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?”

5. ASINGKAN
Asingkan pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU
Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. SAHABAT
Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.

(solusi, isu 26)




But here, some tips originally from me:-

1. Jangan lupa stokin. Selalu orang tak amik kisah pasal stokin ni kan?

 

2. Pakai baju yang bertepatan dengan syariat. Even da pakai baju pun. Tanya roomate, housemate, sibling or whatever~ "jarang tak tudung ni?" "nampak bentuk badan tak?" "cover tak tudung i ni?"

3. Ingat selalu. Bahawasanya '' Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. ''. And I bet, tak kan kita tak sayang ayah kita? abang2 kita? Kasihan kan. Sebab kita mereka pun terheret ke neraka. T_T

So, itulah tips simple from me! 

Selamat beramal. =) 

Thanks for reading! XD

2 comments:

Raz said...

semoga satu hari nanti sy akan bertudung labuh.. huhu

cik syue said...

i'm looking forward for it =) btw, me too, klu x bertudung labuh pn sokey what. asalkn tutup aurat sempurna. kan2 ?